29 January 2016

Ais Krim Milo

Assalamu'alaikum,


Kisahnya, ada orang mengidam ais krim Milo yang tengah promosi RM1 seketul. Tapi promosi ni sah kat 7E je. Area rumah ni sebenarnya ada tiga buah 7E. Dua hari lepas saya ada usha 7E kat lajuran kedai Pak Da sana. Malangnya, habuk pun takde, tinggal ais krim milo yang dalam tub kecik tu je.

Semalam wife bersuara lagi mintak belikan ais krim tu. Saya pun apa lagi, ketiga-tiga 7E saya terjah. Haram satu pun tak ada.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi saya pergi kedai runcit depan rumah ni untuk beli lauk tengahari ni. Sekali saya nampak peti ais krim Nestle. Apa lagi, saya terus terkam la kot-kot ada. Sekali...ter dia.. Banyak gila. Mula-mula tu rasa macam nak ambik sepuluh terus! Tapi saya sempat jadi rasional... saya ambik dua je. Satu untuk saya, satu untuk wife. Harga dia singgit setengah satu. Rupanya promosi tu 7E je yang jual seringgit bukan 7E je yang ada. Cheh!


Dalam hati dah tak sabar dah nak mentekedarah ais krim ni. Sampai je kat rumah memang kami segelojoh mungkin buka wrapper dan balun ais krim berdua ni. Korang tahu? Keputusan saya untuk angkut dua ketul ais krim tadi rupanya satu keputusan yang tak rasional!

Rasa dia lemak-lemak...ye la kan, Milo kot! Sedap pastu lembut je rasa bila gigit. Urghhhh.... menyesal tak ambik banyak terus. Tak pe, petang karang saya nak bedal lagi!

Korang dah rasa ke? Terai la tau...sedapppppp~

2 comments:

  1. SALAM , mula mula tgk entry ni rm1? smalam pi kedai rm1.5, rupanya kat 7e

    ReplyDelete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.