26 January 2016

Rahsia Meletupkan Jualan Di Instagram Tanpa Menghadiri Seminar

Alhamdulillah, pada bulan ini pihak klikjer telahpun menerbitkan sebuah lagi ebook baru.

Ebook kali ini adalah tentang pemasaran instagram. Ianya ditulis oleh saudara Nigel Ong yang pernah menulis ebook bestseller Rahsia Taobao sebelum ini.

Dalam ebook ini, saudara Nigel Ong, berkongsikan pengalaman beliau di dalam menaikkan jumlah follower instagram beliau sebanyak 10,000 follower dalam masa 5 minggu sahaja. Dalam masa yang sama, beliau turut menunjukkan cara untuk meningkatkan jualan produk fizikal beliau di  instagram.



Ebook ini terbahagi kepada 7 bahagian. Berikut adalah perincian setiap bahagian yang anda akan dapat:



Bahagian Pengenalan

Dalam bahagian ini, saya cerita formula asas cara memasarkan produk di Instagram. Apa step-by-step yang anda kena ikut secara ringkas. Sebelum pergi advance, anda kena tahu ilmu asas ini.

Ia umpama gambaran umum, supaya anda nampak dengan jelas: “Oh, ini yang aku kena buat dulu…”. Ia penting agar anda tidak tersipu-sipu selepas baca ebook ini.

Bahagian 2: Apa Itu Instagram?

Pada bahagian ini, saya akan kongsikan serba-ringkas tentang Instagram. Daripada segi fungsi, ciri-ciri & manfaat yang anda boleh lakukan.

Jangan terkejut! Walaupun anda dah guna Instagram sebelum ini, namun masih ada fungsi anda tak tahu. Tunggu & lihat yer….

Bahagian 3: Kenapa Kedai Online Instagram?

Untuk pastikan seseorang membuat keputusan memulakan sesuatu. Mereka perlukan sebab yang kuat untuk bermula…

Atas dasar itu, saya wujudkan satu bahagian khas untuk bantu anda bermula. Saya serius nak bantu anda.

Saya tak mahu anda rugikan duit anda untuk ilmu yang tak diamalkan. Pada bahagian ini, saya ceritakan 4 sebab utama kenapa anda perlu bermula menjual di Instagram..

Bahagian 4: Langkah-langkah Meletupkan Jualan Di Instagram

Saat yang ditunggu telah tiba. Pada bahagian ini, anda akan ditunjukkan secara praktikal.

Apa yang anda perlukan untuk buka kedai IGShop di Instagram? Bagaimana cara-caranya? Apa yang perlu anda skip (langkau) & apa yang perlu diberikan perhatian?

Apa elemen wajib yang mesti ada dalam kedai anda? Ada 6 elemen penting mesti anda lengkapkan sebelum jual apa-apa produk atau servis. Semua akan ditunjukkan.

Bahagian 5: Bina Follower.

Ini adalah bahagian paling bernilai. Ada kedai sahaja tak cukup kalau orang tak tahu kewujudan kedai anda. Anda kena ada follower yang…

Targeted – Memang minat produk atau servis anda.
Aktif – Jenis yang suka like, komen & tag rakan mereka.
Real – Manusia sebenar bukan robot.
Ya, inilah kunci kejayaan besar berniaga di Instagram. Untuk mendapatkan ketiga-tiga ciri follower ini, saya bahagikan kepada tiga:

Kaedah Percuma.
Kaedah Berbayar.
Pantang-larang Instagram.
Saya akan perincikan untuk anda nampak gambarannya…

Bahagian 6: Berinteraksi Dengan Follower Anda.

Bab ini ramai orang fail. Ramai yang saya lihat, bila dah dapat ramai follower. Terus upload gambar produk. Jual, jual & jual.

Itu bukan caranya. Nanti dulu, belum masanya lagi menjual.

Saya akan tunjukkan 9 rahsia & petua untuk berinteraksi secara santai dengan follower. Saya beri contoh bergambar. Semua ada dalam ebook ini!

Saya bocorkan satu aplikasi canggih yang saya guna untuk cipta keunikan dalam gambar anda yang anda post. Tak perlu upah designer…

Ingat! Instagram mengutamakan gambar. Gambar cantik, follower suka. ?

Bahagian 7: Schedule Posting Anda Dengan _________!

Bahagian akhir, saya akan tunjukkan cara nak post secara berjadual mengikut masa terbaik follower anda aktif.

Anda hanya perlu set berapa kali anda nak post dalam sehari. Kemudian, serahkan tugas kepada software untuk tolong postkan pada masa yang terbaik.

Nak tahu cara-caranya? Ada saya kongsikan langkah-langkahnya dalam bahagian ini. Ia akan menjimatkan masa & tenaga seharian anda.

Bayangkan anda dapat semua ilmu ni…Dasyat bukan?

Kalau dulu anda tertanya-tanya macam mana orang boleh berniaga di Instagram…
Kini anda dah tak perlu bersusah payah menagih tip & petua daripada mereka. Belum tentu orang tu nak bagi rahsia mereka. Percaya cakap saya..

Sekarang, semuanya terhidang lengkap di depan anda sekarang. Anda hanya perlu baca, fahamkan & praktikkan.

Jangan berlengah lagi, dapatkan ebook ini sekarang!

8 comments:

  1. Instagram nie terbaik untuk jadikan media untuk promote pelbagai barang. Mudah untuk dapatkan pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zumal. Kalau dah kena cara, tak cukup tangan ambik order ha..

      Delete
  2. Misaki tak ramai follower, tapi tak kisah sangat sebab tak buat utk business :D hehehe..

    ReplyDelete
  3. saya pernah beli tapi tak sempat praktikkan, sebab selalu tak sempat nak handle insta

    ReplyDelete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.