27 April 2017

Blogo | App Terbaik Untuk Blogger Pengguna iPhone

Fuh!

At last. Semenjak Apple dan Google tak ngam dan application Blogger di semua peranti Apple dan App Store dah hilang. Akhirnya KA jumpa jugak application yang sangat memudahkan KA untuk blogging on the go.

Sebelum ni KA ada pernah post kat artikel sini pasal Blogo ni. Tapi masa KA post hari tu KA perasan susah nak buat artikel yang ada banyak gambar. Selalu sangat post je hilang. Tak ke sakit hati tu. Memang malas la nak update blog pakai laptop. Nak bawak ke hulu ke hilir satu hal. Nak pakai Macbook Air ke Zenbook ke memang tak mampu le. Duit nan hado!

By the way, sekarang ni Blogo dah improve sensangat. Bagi KA, apps untuk pakai kat handphone ni untuk blogging dah cukup best kalau boleh:

1) Tulis artikel dan adjust font serta preview sebelum post.

2) Letak gambar banyak-banyak dan boleh edit size.

3) Boleh save dulu dan publish la of course.

Tu memang minimum requirement la kan. Kalau takde semua kat atas tu memang buang karen. Bawah ni printscreen yang KA cilok je dari App Store.




Ha! Kan banyak dan memang sangat convenient. Setakat ni KA sangat selesa pakai Blogo sebab user friendly punya interface, simple yang amat, functional dan practicality pun pada tahap yang memuaskan. Tools untuk editing semua cukup dan selepas beberapa improvement dan update, tak pernah pulak crash or hilang artikel.

Korang yang pakai iPhone or iPad guna apps mana? Ada apps yang lagi best?

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.