14 February 2018

Insentif RM400,000 Kepada Pelapor Rasuah

Aku secara jujurnya tak tahu lah apa perkataan yang bagus untuk aku cakap pasal perkara ni. Most of the time aku macam biasa. Tergelak.

Petikan dari Malaysiakini:

‘Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.’


‘Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pengiktirafan berkenaan selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2011 bertajuk ‘Garis Panduan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian Atau Penerimaan Rasuah’.’


Mereka menerima saguhati daripada SPRM kerana pihak kami tidak boleh bergerak bersendirian, perjuangan memerangi rasuah memerlukan kerjasama semua pihak.

Maknanya ada yang dah merasa la ni? Aku terfikir apa rasionalnya insentif seperti ini. Mungkin bagus untuk menakutkan pelaku rasuah. Namun imbuhan yang tinggi juga boleh membuat orang berfikiran jauh dan panjang.

Korang rasa?

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.