20 June 2018

Haji Kassim

Cerita dari ibu mertua pada raya lepas. Bagi saya, cara hidup arwah menggambarkan cara hidup muslim sepatutnya.

Seorang lelaki yang menerjemahkan amal kebajikan melalui perbuatan bukan percakapan sahaja.

Semakin banyak hartanya, semakin banyak infaqnya. Tak lokek. Kalau dia ke pejabat FELDA mengutip duit jualan hasil ladang, pasti ditinggalnya RM50 atau RM100 buat makan-makan staff kat situ.

Salah seorang yang sangat rapat dengan keluarga mertua. 

Mak mertua cakap, percakapan dia pun lemah lembut dan teratur. Sangat jauh untuk menyakiti orang dengan kata-kata. 

Kalau ke kedai kopi, selalunya pelanggan yang ada masa berkunjung dapat makan minum percuma. 

Saat jasadnya dipersiapkan untuk disemadikan. Langit cerah dan cahaya Mentari memancar membahang Bumi sedari pagi bertukar mendung. Awan mendung berarak. Bunga gerimis mula menyejuk atmosfera.

Usai jasadnya disemadikan, Mentari kembali menyambung kerja.

Kebetulan atau rahmat Pencipta yang bersetuju dengan perjalanan hidup hambaNya... hanya Dia yang tahu. 

Semoga kita yang masih dikurniakan nikmat nafas dan iman ini berjalan, melatalah di atas Bumi Nya dengan penuh hikmah. InsyaAllah. 

Action speaks louder than words. Always.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.