04 November 2018

Tips Alternatif Elak Rambut Gugur

Yeay! Akhirnya aku jumpa jugak cara alternative nak kurangkan RAMBUT GUGUR. 

Masa mula-mula aku baca, ada yang share tips ni. Terfikir jugak, ye ke jadi? 

Tapi disebabkan dah macam-macam jenis syampu aku beli. Dan semuanya tak sesuai dan tak selesaikan masalah aku. Rambut tetap jugak gugur. Aku jadi geram. 

Kebetulan, hari tu anak aku terkena minyak panas. Dan aku baca ALOEVERA ni bagus kalau kau letak time kena minyak panas. Selain tu kalau nak rawat kulit sun burnlah, aku beli. Siap beli 2 sebab tamak. 



Dah alang beli 2, dan baca ALOEVERA ni boleh kurangkan rambut gugur aku pun trylah.  Lagi pun ramai yang bagi feedback bagus. Dalam erti kata lain, menjadi.

Jujurnya, baru seminggu aku cuba pakai. Hari ke 2 aku dah nampak perubahan sikit. Apa perubahannya?

1. Rambut dah tak gugur banyak macam biasa. Still ada. Tapi tak seteruk sebelum tu.

2. Rambut jadi lembut dan senang urus. Lembab je. Dah tak kering sangat. Pegang pun best!

Setakat seminggu aku buat, memang aku puas hati. Serius. 

Aku share sebab aku baca ramai yang ada masalah rambut gugur ni. So, maybe korang bolehlah try. Mane tahu sesuai, kan? 

Lagi pun, ALOEVERA ni senang nak cari. Aku beli dekat GUARDIAN je. Time promotion, tak silap dalam RM5 je. 

Eh, lupa pulak nak bagitau cara pakai. Kahkah. Punyelah excited rambut dah tak gugur sangat.

Caranya:

Kau cuma campurkan sikit dalam syampu atas tapak tangan. Maksud aku, time kau nak syampu tulah. Lepas tu syampu je macam biasa. Biarkan sekejap dalam 5 minit macam tu. Then bilaslah macam biasa. Tu je.

Mesti ada yang tanya, berapa kali sehari. Buat time kau nak syampu rambutlah. 

Kat sini, aku nak tekankan, kau kena try dulu. Yelah. Mane aku nak tahu rambut kau ngan aku sama ke tak? 😆

Selamat mencuba ye!
Bagitahu kawan kau sekali.

Credit: Norhakimah Hanafi

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.