14 December 2018

Tips Kekal Bahagia



Semua orang dambakan kebahagiaan. Selalunya kita tidak dapat memberikan definisi kebahagiaan secara tepat. 

Kebahagiaan sangat subjektif bergantung kepada orang yang menerimanya. Ada orang bahagia apabila punya wang yang banyak. Ada orang bahagia apabila punya wang yang sangat sedikit. 

Penerimaan hati dan jiwa terhadap satu-satu kondisi menentukan dia bahagia atau sengsara.

Saya ambil contoh. Saya punya kerja tetap, ada kereta, rumah yang besar. Saya bahagia.

Namun, tidak semestinya jika itu semua diberikan kepada orang lain, orang itu merasakan kebahagiaan yang sama. Mungkin dia hanya perlu dan inginkan satu dari kesemuanya untuk kekal bahagia.

Mungkin juga dia memerlukan perkara yang lain.

Bahagia terlahir dari jiwa yang tidak tersekat. Bahagia terlahir dari jiwa yang luas lebar dalam memberi. 

Kita tidak boleh memaksa orang untuk bahagia dengan cara kita. 

Apa yang kita boleh buat?

Tanya bagaimana dia mampu bahagia. Tunjukkan jalan untuk dia capai dan tuntunlah dia pada saat dia kepenatan di kesepanjangan jalan itu.

Terlebih fikir akan memamah bahagia yang tersemat di jiwa.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.