07 March 2019

Dunia Apa Yang Kita Tinggalkan?

Imej: https://www.facebook.com/PosterKolaj/

Assalamualaikum.

Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita penemuan mayat arwah adik Aisyah. Amat menyayat dan merenggut hati saya sendiri sebagai seorang bapa kepada dua orang cahaya mata.





Sehari dan sehari begitu banyak kejadian jenayah dan kejahatan yang berlaku.

Kebelakangan ini juga kecoh dengan penularan video cctv kes samun rompak dan tetak sekitar Klang, Puchong dan kawasan sekitar. Kelihatannya seperti pelaku yang sama.

Saya tak tahu jika anda semua setuju dengan saya kalau saya katakan ini semua berpunca daripada kita sendiri.

Kita tidak mengambil berat hal orang sekeliling kita. Kita tidak bertegur sapa dengan tetangga. Kita takut melarang dan menegah kejahatan depan mata. Yang paling penting kita tidak bersatu menentang kejahatan yang menular ini.

Dunia apa yang kita tinggalkan untuk generasi seterusnya?




Sudahlah kita merosak alam, kita pula merosakkan struktur sosial dan wadah pemikiran anak bangsa.

Kita biarkan ideologi dan anasir luar bermaharajalela. Kita biarkan anak-anak kita terbang tanpa bertali yang sepatutnya kitalah yang memacu.

Ya Allah. Semoga kau ampuni dosa kami semua. 


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.