23 May 2019

Facebook = Fatamorgana



Facebook. Suatu perkara yang tak asing lagi dalam dunia maya sekarang. Rata-rata umat manusia punyai akaun fb. Baik yang anak-anak, yang tua, yang kaya, yang miskin, alim ulamak malahan yang tak cukup makan juga punya dan aktif berfacebook.

Kenapa saya cakap FB = Fatamorgana? 

FB membuat kita rasa hidup dan menjadi sebahagian daripada masyarakat yang besar. Likes dan komen yang banyak membuat kita rasa diberi perhatian. Tanpa kita sedar, kebanyakan likers dan komentator hanya bereaksi sekilas sahaja. 

Warganet semestinya seperti kita. Menapis paparan berita berdasarkan kehendak dan kesukaan sendiri. Ada orang suka bila kita kongsi cerita suka. Tak ramai pula yang lebih suka apabila kita berduka. 

Betul. Di kalangan rakan kita terdiri daripada orang yang betul, genuine, organisma hidup. Namun, ramai juga daripada mereka terdiri daripada akaun palsu. Sejauh mana kita kenal mereka?

Setakat ini berapa orang kenalan FB kita? Seribu? Dua ribu? Lima ribu? Adakah betul kita kenal dan tahu setiap seorang? Adakah perlu kita tambah rakan sebanyaknya?

Awasilah rakan yang kita tambah. Risau kiranya ada di kalangan mereka yang berniat jahat. 

Pendek kata, facebook hanyalah fatamorgana rasa dihargai dan dipeduli. Kehidupan yang sebenar hanyalah di sebalik layar maya ini. Kehidupan sebenar adalah apa yang ada di luar sana. Kawan, jiran dan komuniti sebenarlah kehidupan yang nyata. 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.