06 May 2019

Lagi Kes Sisi Gelap McDonalds



Lagi kes McDonald kena bongkar. KA cuma berkongsi petikan status daripada FB Shahrul Nasrun. 

Sokongan KA pada blogger yang berani ni. 

McDonalds vs Blogger

Semalam perbicaraan kes melibatkan sahabat saya blogger Yuseri Yusoff (YY) yang disaman gergasi makanan segera, McDonalds.

Saya mengikuti isu ini daripada awal kerana ia agak menarik perhatian. 

Namun semalam saya tidak sempat hadir beri sokongan kepadanya kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Januari lalu, YY buat siri pembongkaran rahsia gelap McDonalds Malaysia dengan keluarkan satu video bersiri.

Intro : https://youtu.be/RzMcLdUR2c0

Part I : https://youtu.be/ysEFDwfZSFU







Selepas dua tiga hari keluar bahagian pertama, peguam McDonalds Malaysia hantar tuntutan meminta YY tarik balik video dan artikel dalam masa 48 jam.

Part II : https://youtu.be/eAszReNF4RI

Malangnya peguam McDonalds Malaysia silap gertak orang. Saya dan rakan-rakan lain kenal dengan YY.

Dia bukan jenis makan saman, jika gertak kata nak saman. Dia pasti akan balas, silalah cepat sikit.

Dia jenis bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis dan disiarkan melalui blognya. 

Apabila buat pendedahan atau pembongkaran pastinya dia bersandarkan pada bukti dan buat pendedahan dalam kes yang melibatkan unsur penganiayaan.

Ringkasnya, YY seorang aktivis yang "fight for people".

Dalam apa keadaan dia akan mempertahankan perkara yang dikatakan walaupun kita ugut dan letak pisau di lehernya.

Sebelum ini, Dato Nadzim Johan tampil adakan sidang media kerana video yang disiarkan oleh YY. 

Semalam Dato Nadzim Johan atau Toqqi Ketua Aktivis PPIM turut hadir dan dilihat bersama YY selaku defendan.

Bayangkan seorang anak Melayu kita berdepan lawan syarikat gergasi makanan segera dunia bernama McDonalds.

Tanpa peguam dan dia mewakili dirinya sendiri, bukan semua boleh dan berani buat seperti apa yang dilakukannya.

Salute buat sahabat saya YY.

Sek kito jange pecoh! 💪

Refer laporan akhbar bulan Januari:

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-nafi-dakwaan-kawtim-terima-wang-sogokan-1.824211

https://m.malaysiakini.com/news/460633

http://www.ppim.org.my/ppim-nafi-terima-sogokan-duit-tutup-aduan-sinar-harian-17119/

Nota : YY bertali leher biru.

1 comment:

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.