06 May 2019

Nik Abduh Menentang Arahan Penutupan Sementara Kedai Makan di Kelantan


 
Pagi ni tular penyebaran surat arahan penutupan sementara kedai makan di bulan Ramadhan ni. Arahan penutupan kedai makan dari pukul 8.30 malam hingga 10.00 malam itu mungkin untuk menggalakkan rakyat Kelantan ke masjid untuk berterawikh.

Namun KA sendiri punya pendirian berbeza. Arahan ini menyusahkan peniaga yang tetap kena membayar sewa meski di bulan puasa.

Seperti yang kita tahu, siang hari memang tak boleh buka kedai makan apatah lagi di Kelantan yang majoritinya muslim. Jadi sumber pendapatan peniaga ini datang pada waktu malam. 

Jika dibuka hanya selepas 10.00 malam, takkan nak berniaga sampai pagi. Peniaga juga perlukan masa rehat dan masa untuk Allah. Kalau buka hanya dari pukul 10.00 malam hingga pukul 12.00 tengah malam pula hanya dua jam. Dan memang tak sempat nak balik modal pun.

KA harap arahan ini dibatalkan serta merta sehingga kajian secara mendalam dilakukan.

Berikut petikan screenshot dari FB Nik Abduh sendiri.




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.