06 May 2019

Waterway Villa, Bukit Tinggi; Tempat Best Untuk Berkumpul



Alhamdulillah, minggu lepas selesai satu lagi program jabatan syarikat tempat KA bekerja. Supply & Distribution Away Day di Waterway Villa, Bukit Tinggi.

First impression, tempatnya tenang dan memudahkan sebab bas boleh masuk habtar sampai depan lobi. Biasanya kalau tempat pedalaman macam ni bas susah nak masuk rapat kan. Waterway Villa ni tak. Spacious sungguh ruang depan dia.

Bilik-bilik yang disediakan juga ada macam-macam. Ada yang macam kabin untuk 8 orang dengan katil kongsi, ada bilik untuk dua dan empat orang juga. 









Tenpat yang kitorang buat aktiviti ni bilik dia cantik sungguh siap ada ruang santai masing-masing kat bawah tu. Ada buai hammock lagi. 

Tapi dek kerana kami ni AJK, so kena lah share bilik kabin untuk 8 orang yang fortunately bertukar jadi dorm pada malam kejadian. Dengan manager-manager sekali datang lepak main kad beramai-ramai sampai awal pagi. Padahal nak kena bangun awal tu!

Back to the facilities, dorang juga siap ada kolam renang dengan slide! Yang tak bestnya... slide tu kalau korang pakai baju cotton memang sangkut. At least kena kain jersey tu baru tak sangkut. Tapi kolam dia memang terbaik.









Satu benda yang tak best kat sini adalah tempat makan dia which is betul-betul depan lobby. Tapi taklah tak best teruk. Still tolerable. Hidangan dia semua masakan chinese style sebab tokey dia pun chinese kan. Tak ada masalah kot kalau stay 2 @ 3 hari. 

Kalau lama mungkin bosan juga. Plus point untuk makanan dia adalah hampir kesemua bahan yang digunakan ditanam secara organik atau hidroponik di dalam resort tu sendiri.

Dekat dalam tu pun ada signboard yang menyatakan resort tu adalah ladang. By the way kalau gi musim durian, insyaAllah banyak durian kat situ.

Overall, it was really a nice stay. Nice program and a great moment. 

Kalau masih mencari tempat untuk aktiviti berkumpulan, why not kan pilih tempat ni. 

Owh, satu lagi. Kitorang pergi Khamis dan Jumaat so the whole resort tu kitorang conquer. Best illos! Weekend full jugak situ tokey cakap.




2 comments:

  1. sangat menarik save for future event

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi. Rate pun okay. Wifi kuat kat main building je. Tapi line fon semua okay insyaAllah.

      Delete

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.