15 July 2019

Melayu Tiada Identiti Bahkan Tiada Huruf Sendiri?


  • Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

  • Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.
 
  • 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. 
  • Aksara Rencong didapati telah ada lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). 
  • Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masehi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. 
  • Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masehi. 
  • Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. 
  • Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia. 
  • Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. 
  • Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang diciptakan oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. 
  • Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-BR (termasuk batu bersurat).



  • Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik mencoba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. 
  • Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat. 
  • Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk meninggalkan ketiga jenis tulisan tersebut. 
  • Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik mencoba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu. 
  • Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunakan dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. 
  • Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bengkulu dan hulu Palembang), terus bertahan hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.