17 July 2019

Morungga Mencegah Kanser







Ini pokok Moringga/Mungga.

Banyak lagi Nama lain orang panggil. Saya kenal pokok ni bila anakanda kena kanser otak.

Ada sahabat2 kenalkan dan suruh beri anakanda makan. Namun, barangkali agak terlambat dah masa tu.

Justeru, selepas itu saya terus tanam di belakang rumah. Saya tengok, orang jual kapsul daun ni berharga ratusan ringgit sebotol.

Puncanya...pokok ini dikatakan mampu menghalang sel-sel kanser.

Daunnya boleh dibuat ulam, dimasukkan dalam telur goreng dll. Malam ni saya tambah satu lagi resipi, untuk dimasukkan dalam sup telur.

Fuhhh!!! Anak saya yang awal2nya tak nak makan, lepas saya bagi cuba daun ni dalam sup, terus diorang makan. Tak cukup tau!

Jom... Amalkan daun Moringga ni. Mudah2an keluarga kita terhindar dari penyakit pembunuh no 1 ni- Kanser.

Kita hanya berusaha... Tuhan yang menentukannya. Tetapi, Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu seƱdiri tidak mahu berusaha mengubahnya.

Fikir-fikirkan!

Kredit : Ustaz Nazri

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.