04 August 2019

Meraikan Isteri Tersayang




Tadi selesai bahagian #cucur ikan bilis dengan daun #kucai dan #bawang untuk #breakfast. 

Sebabkan hari ni acik kena ke bengkel dan @nooraincheaziz kerja malam, acik terus sambung masak untuk makan tengahari siap-siap. 

Orang #Kelantan panggil ‘nyayoe lemok’. Salah satu lagi masakan yang ‘ngam’ digabungkan dengan #budu dan #ikanbakar. Masakan yang agak ringkas. Nak masak dia pun senang sahaja.

Ikan kecil-kecil itu rebus atau bakar, ambil isinya. Lepas itu tumbuk dalam lesung batu bersama bawang merah dan sedikit lada hitam. Masuk dalam periuk sekali dengan santan dan masak sikit. 

Lepas tu masukkan sayur-sayuran dan garam gula secukup rasa. 

Solosai! 😚

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.