14 February 2020

Ali Tak Kuat Mandikan Jenazah Abam



Ali beritahu dia tak mampu nak mandikan jenazah arwah Abam. Sebelum ini dia yang mandikan jenazah arwah anak dan arwah ayah tapi dia tak cukup kuat untuk mandikan jenazah arwah Abam.

Ketika keluar dari bilik jenazah ada 40 anak-anak sekolah agama duduk depan bilik jenazah. Bila Ali perhatikan sorang-sorang, dia kenal inilah anak-anak yatim yang arwah tanggung.

Pernah berapa kali arwah minta Ali hantarkan duit belanja pada anak-anak yatim tersebut.

“kau tolong hantarkan duit belanja adik-adik aku, diaorang nak sekolah”

Dekat rumah arwah ada dua pusat Tahfiz yang mendapat bantuan daripada arwah.

Arwah selalu bank in duit kepada ramai orang yang minta bantuan. Saya pernah tegur supaya dia check dulu takut ditipu. Arwah kata kalau diaorang tipu nanti diaorang jawab lah pada ALLAH.

Saya pernah makan dengan arwah di kedai mamak. Selesai makan dia panggil mamak suruh kira semua sekali yang tengah makan kat kedai tu. Bukan sekali arwah buat macam itu tapi banyak kali. Bukan empat lima orang tapi sangat ramai. Kita pun tak terfikir nak buat macam arwah buat. Jutawan pun belum tentu buat macam tu.

Arwah memang suka belanja orang makan bukan setakat kawan-kawan, orang dia tak kenal pun dia belanja.

Paling hebat arwah taja aktiviti dakwah seorang pendakwah bebas di Pahang. Saya tahu pun bila PU Azman beritahu kami setelah arwah meninggal.

Ini antara kebaikan arwah yang saya tahu.
Kematian yang sangat dicemburukan.

Semasa di hospital Selayang ramai sangat staff hospital yang datang ziarah. Ada seorang peminat datang dari Taiping datang ke hospital nak ziarah arwah.

Ketika kami balik dari hospital jalan jem dari tol Gombak, saya sangka ada kemalangan rupanya terlalu ramai yang datang ziarah arwah di masjid.

Semasa nak angkat jenazah dari van ke bilik jenazah berpuluh-puluh orang nak tolong angkat. Ada dapat sentuh jenazah dengan jari pun sudah puas hati. Semuanya saya tak kenal.

Saf pertama yang solatkan arwah bukan orang-orang biasa tapi ustaz-ustaz terkenal bukan sorang tapi ramai.

Itulah rezeki arwah Abam.

Sampai hari ini tak berhenti-henti peminat datang ziarah arwah di rumah dan kubur. Yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Kita semua pasti mati.
Bagaimana agaknya bahagian kita nanti?

Mungkin kebaikan arwah Abam boleh menjadi contoh untuk kita berubah.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.