14 February 2020

Bahaya Racun Furadan



BAHAYA RACUN FURADAN

Bahaya Racun Furadan
------------------------

Sumber: myagri.com.my

Furadan? Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa racun FURADAN merupakan racun yang telah diharamkan pengunaannya disesetengah Negara barat seperti Kanada dan Persatuan Eropah (EU) dalam tahun 2008. Amerika Syarikat mengharamkannya pada tahun 2009. Kenya bercadang mengharamkannya, tetapi masih boleh dibeli dikedai pertanian. Di Malaysia, racun ini dijual dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Bahaya ke FURADAN ini? Ya, sangat bahaya dimana ia merupakan racun yang sangat toksik yang boleh membawa kepada kematian. Menurut laporan berita, di Kota bharu,Kelantan Kanak-kanak tiga beradik dimasukkan ke hospital selepas dipercayai terhidu serbuk racun jenis ‘Furadan’ ketika bermain ‘masak-masak’ di belakang rumah mereka di Kampung Berangan Pondok, Tumpat. “Ibu mereka mendapati ketiga-tiga anak terbaring dengan badan yang lemah dan muntah-muntah di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi. Ini baru kes terhidu, belum lagi pest residue yang terdapat didalam sayuran atau buah-buahan yang kita makan sekiranya ia disembur oleh FURADAN. Pelbagai impak buruk yang akan berlaku.

Racun Furadan berbentuk pasir, biasanya berwarna ungu. Biasanya digunakan untuk membasmi serangga perosak, nematod dan ulat perosak. Kalau seekor burung/tupai termakan sebutir pun dah mati. Kalau manusia termakan setengah sudu kecil kfc pun dah boleh menyebabkan nyawa melayang. Furadan (carbofuran) adalah racun sistemik maksudnya racun ini bila disiram akan diserap ke dalam sistem pokok. Batang, daun dan buah semuanya ada racun kalau ia digunakan. kesan racun furadan TIDAK AKAN HILANG walaupun selepas 3 BULAN. Jadi kalau kita gunakan racun ini untuk tanaman kontan (yg boleh dituai hasil dlm 2-3 bulan) maksudnya racun tu masih ada kan?

Ada laporan menyatakan bahawa furadan digunakan dalam penanaman tebu, tembikai dan jagung bagi tujuan mengawal serangga pengorek. Ada yang menyatakan racunnya tidak masuk ke buah. Furadan ini adalah racun jenis sistemik, maknanya racunnya cair dalam air dan diserap masuk keseluruh bahagian pokok, mustahil ia berhenti mengalir kat tangkai buah. Sudah pasti ia mengikut masuk kedalam buah.

Jika kita pula makan buahan yang tercemar, sisabaki racun ini juga akan memasuki tubuh badan. Sisabaki racun terkumpul dalam badan tahun demi tahun. Jika anak kecil disuapkan buahan tercemar, bayangkan bahaya yang mendatang.

Kesan sisabaki racun furadan. Rasa nak muntah, pening dan racau. Juga boleh melumpuhkan sistem pernafasan. Mengakibatkan kerosakan kekal pada sistem reproduktif dan saraf.

No comments:

Post a comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.