30 April 2020

Asal Usul TESCO


Tesco merupakan pasaraya yang berasal dari Britain yang diasaskan oleh seorang imigran Yahudi yang berasal dari Poland yang menetap di sana pada tahun 1919.

Jack Cohen yang pada mulanya menjual barangan runcit secara kecil kecilan di bahagian timur Kota  London. Dia yang mendapat idea untuk membuka sebuah kedai secara rasmi adalah pada tahun 1924 apabila mendapat peluang untuk menjual serbuk teh di kawasan tersebut.

England merupakan salah satu negara Eropah yang menggemari teh berbanding dengan kopi. Jack yang mengambil serbuk teh dari Thomas Edward Stockwell yang merupakan saudagar teh dan menamakan syarikatnya itu sebagai TESCO yang mana singkatan kepada nama pembekal teh bersama dengan namanya.

Dia yang bermula sebagai penjual teh di kota London dan kemudian mengembangkan syarikatnya itu dengan membuka pasaraya Tesco yang pertama di Burnt Oak, Edgware, Middlesex, utara London pada tahun 1931.


Selepas hampir dua dekad di dalam pasaran peruncitan, Jack Cohen telah mengapungkan saham syarikatnya ke bursa London Stock Exchange pada tahun 1947 di bawah nama Tesco Stores (Holdings) Limited. Syarikat ini terus berkembang dengan begitu pesat di  pasaran England selepas tamatnya era perang dunia kedua.

Setelah empat dekad menguasai pasaran di England, syarikat ini mula mengintai peluang untuk mengembangkan perniagaan di luar negara. Mereka telah membuka operasi pertamanya pada tahun 1996 dan negara tersebut adalah Republik Czech dengan membeli rangkaian pasaraya Kmart dari Amerika Syarikat dan kemudian menukarnya menjadi rangkaian pasaraya Tesco.

Mereka turut mengembangkan perniagaan mereka di Hungary, Ireland, Malaysia, Poland, Slovakia dan juga Thailand. Negara ini adalah negara yang berjaya mengekalkan perniagaan Tesco di luar Britain.

Selain negara terbabit,Tesco juga membuka perniagaannya di Perancis, Jepun, Korea Selatan, Turki dan juga Amerika Syarikat. Namun, pihak Tesco terpaksa menutup operasi perniagaan mereka disebabkan persaingan yang begitu hebat dari pasaraya yang berada di negara tersebut, di antaranya adalah di Amerika Syarikat dan Perancis.

Dua negara ini mempunyai gergasi peruncitan yang sukar ditembusi oleh mana-mana syarikat dari luar. Sebagai contoh, Amerika Syarikat mempunyai rangkaian pasaraya yang terbesar di dunia iaitu Walmart. Manakala Perancis pula mempunyai rangkaian pasaraya Carrefour yang terbesar di Eropah.

Selain faktor persaingan dari dalam, polisi sesebuah negara juga memainkan peranan seperti di Korea Selatan yang memendekkan waktu operasi bagi syarikat tersebut. Keadaan politik yang tidak stabil juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya hasil jualan untuk pasaraya tersebut.

Di Malaysia, Tesco mula memasuki pasaran pada tahun 2002. Syarikat ini yang melakukan kerjasama dengan Sime Darby yang mana syarikat Sime Darby memiliki sebanyak 30% saham Tesco.

Dengan penjualan sebanyak 30% saham Tesco Malaysia kepada Charoen Pokphand Group yang bernilai RM300 juta, Sime Darby dipercayai mendapat pulangan dividen sehingga RM76 juta dari transaksi jualan tersebut. Dengan penjualan tersebut, kini pasaraya Tesco di Malaysia bukan lagi dikuasai oleh syarikat tempatan.



No comments:

Post a comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.