30 April 2020

Moratorium; Kenyataan Bank Negara Malaysia



Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 25 Mac 2020 mengenai langkah moratorium dan kenyataan yang kami keluarkan berhubung dengan langkah tambahan untuk mengendalikan moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap.

Kenyataan akhbar hari ini bertujuan untuk menangani isu-isu prosedur yang mempunyai kesan undang-undang kepada moratorium yang dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.

Pihak Bank Negara Malaysia ingin menegaskan di sini bahawa peminjam tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium ini. Sebaliknya, peminjam hanya perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan. Selepas itu, pihak bank akan menghubungi peminjam mengenai langkah mudah selanjutnya.

Moratorium ini diberikan untuk membantu aliran tunai peminjam yang terjejas oleh pandemik COVID-19. Seperti dinyatakan dalam pengumuman BNM pada 25 Mac 2020 yang lalu, peminjam telah dimaklumkan bahawa kadar faedah/keuntungan akan terus diakru (yakni diambil kira) atas pembayaran yang ditangguhkan dan peminjam hendaklah mempertimbangkan perkara ini apabila membuat keputusan sama ada ingin mengambil moratorium ini.

Petikan kenyataan akhbar pada 25 Mac 2020 adalah seperti yang berikut:
“Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan. Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan.

Pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium ini boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank mereka masing-masing.

No comments:

Post a comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.