30 April 2020

PKP; Anak NAZA Merungut


Aku tak pandai sangat. Tambahan pula bukan merak kayangan. Tapi nak juga aku komen kat FB.

1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni bertujuan memutuskan rangkaian virus covid 19. Jelas. Tak ada dakwa dakwi lagi.

Ya, bila PKP banyak perniagaan tutup, ekonomi tak bergerak. Tapi kalau kerajaan tak buat PKP, perniagaan berjalan seperti biasa dan dalam masa Covid 19 merebak, rasanya ada orang nak keluar membeli belah tak?

Tak adanya. Lebih-lebih lagi nak nak beli kereta Naza? Sebab wabak sampai satu masa akan meletup macam kat US. Orang hanya fikir nak survive. Kerajaan pula terpaksa bekerja keras melawan wabak yang kita tak nampak ini.

Masa tu mungkin dah total lockdown. Tindakan lambat. Mydin pun tutup. Tak ada siapa nak pergi kerja. Tak ada orang nak membeli.

Pendek kata PKP adalah tindakan awal kerajaan mencegah sebelum parah. Tapi kapitalis ni otak dia lain sikit. Semuanya tentang duit, duit...

Rugi orang dia tak peduli. Tapi rugi dia kecoh seluruh alam.

2. Government 'taken away our freedom'. Serius bro?

Cuba kau duduk sekejap di Hospital Sg. Buloh. Aku percaya kau rela duduk di rumah.

3. Semua orang (yang layak) termasuk penjawat awam bayar cukai. Cukai ni adalah sebahagian dari pendapatan kerajaan. Yang bekerja di bawah kerajaan dipanggil penjawat awam dan mereka ini dibayar gaji OLEH KERAJAAN.

Kena betulkan fahaman ni. Kalau pembayar cukai yang bayar gaji kakitangan awam, maka aku tumpang sedih kepada rakan-rakan kakitangan awam yang mana kena bayar cukai. Sebab kami bayar untuk gaji kami sendiri.

#kitajagakita

fb: https://www.facebook.com/almuhaymin.abdwahab

No comments:

Post a comment

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.

Note: only a member of this blog may post a comment.